S. K. Dharmalingam

Datuk Dr. S. K. Dharmalingam (1929–17 Julai 2006) merupakan pakar onkologi pertama Malaysia yang dikenali sebagai perintis rawatan kanser di Malaysia. Beliau ialah pengasas dan bekas Presiden Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) yang ditubuhkan pada 1966.[1] Beliau juga dikenali sebagai perintis dan penggerak untuk radioterapi dan onkologi di Malaysia.[2]